kisah rembulan dan matahari shinyen

Kisah REMBULAN DAN MATAHARI

Rembulan yg indah itu telah menerangi malam yang gelap. Dengan cahayanya yang tidak pernah gentar dengan pekatnya malam malah tetap bersemangat coba menerangi. Pasangan kekasih suka sekali menjadikan rembulan sebagai saksi ‘biarlah bulan menjadi saksi’

Rembulan, terima kasih kerana kamu tidak pernah jemu untuk hadir menemani malam gelapku. Walaupun kamu tidak selalu bercahaya penuh, kamu tetap bercahaya. Aku akan merinduimu tatkala awan hitam menutupi kamu sehingga kamu tidak kelihatan. Aku sentiasa memperhatikan kamu dari jendela kamar aku cuma kamu tidak pernah menyadarinya.

Sesekali terlihat bulan berwarna merah. Kenapa sang rembulan? Adakah kamu gering? Aku khawaatir… aku sedih jika kamu gering. Aku mau kamu bersinar terang, tanda kamu ceria. Biar aku sembunyi memerhatikan kamu, aku tetap bersama kamu.

Matahari, kamu cukup bermakna pada sang rembulan. Cahaya kamu telah memberi harapan sang rembulan bercahaya pada malam yang gelap. Tanpa cahayamu rembulan tidak akan hadir pada malam hari. Dia menerangi setelah diterangi, dia bercahaya saat kamu beredar, dia sentiasa hadir bersama kamu, dia tidak pernah jemu mengganti tugasmu. Cinta kalian cukup agung. 

sayangnya kamu hanya bertemu Cuma sesaat. Saat senja yang merah, ada rembulan yang melihat untuk kamu. Saat keagungan itulah wujudnya ketenangan pada semua insan ketika memerhatikan kamu, cinta agung sedang bertemu. Sayangnya cuma seketika.

Sampai kapan pun kamu tidak akan bersama, kerana kamu punya pendirian yang berbeda walaupun cinta kamu cukup kuat. Nyatalah, cinta bukan segalanya sehingga menyatukan kamu, dengan cinta jugalah yang telah memisahkan kamu…..

Bintang, kenapa kamu bersembunyi? Cahayamu tenggelam di cerahnya rembulan, cahayamu terang menaburi  langit yang kelam saat cahaya rembulan gelap. Bukankah kamu cukup setia menemani rembulan setiap malam? Apakah dia tidak sadar akan hadirmu? Kamu juga tenggelam kerana cinta pada rembulan. Kamu hanya memerhatikan setianya cinta rembulan dan matahari. Kamu sentiasa bersama rembulan namun kamu juga tidak dapat sama bercahaya dengan rembulan.

Takutkah kamu untuk bercahaya megah disisi rembulan, kamu hadir pada jasadnya namun cahaya kamu tidak ada bersamanya. Pengorbanankah itu atau kamu sebenarnya lahir sebagai pengecut. Alasannya kerana cinta…..

Pungguk, kamulah pemerhatian yang hebat. Melihat cinta rembulan pada mentari, melihat setia bintang pada rembulan, melihat pengorbanan matahari agar rembulan dan bintang terus menyinar. Lalu kamu sebenarnya bertugas sebagai apa? Cinta punya segalanya namun cinta yang agung belum tentu mampu menyatukan dua cinta menuju bahagia.

Pulanglah wahai sang pungguk,  kamu tidak usah  terus mencari jawapan tentang keperluan cinta. Saat mengejar bahagia, bukan semua cinta akan menyatu. Ada yang perlu yang kita lepaskan, ada yang kita dapat. Kebahagian itu cuma bonus dalam kehidupan kita. Moga rembulan bahagia, semoga matahari bahagia, moga bintang bahagia, moga pungguk bahagia, walaupun jalan kalian berbeda

Bookmark and Share

Leave a Reply